Thursday, June 9, 2011

Tarikh

18 JULAI 2008 - Samsung Z370 menjadi milikku. RM 499. Hasil titik peluh kerja Coffee Bean Qbay. Alhamdulillah masih kekal berkhidmat dengan baik sehingga sekarang. Walaupun dah jatuh tak terkira kali banyaknya.

Dan yang 'latest' skali, 4 JUNE 2011, SABTU, paling best, jatuh dlm lubang jamban. *nasib bek takdak apa2 pelaburan dlm tu* =.= Maka menyelamlah HP ku buat kali pertama. Nasib baik lepas jemur atas bumbung rumah, on masih lagi OK. ngeehee.

20 MEI 2010 - Spek mata frame besaq pertama. Jenama Pascale. Kaler hitam. Dari Monster. Kekal sampai sekarang. Rupa dah macam scientist =.=

18 JULAI 2010 - Pertama kali. Tiba-tiba tengah dok usha2 jam kat kedai Swatch Qbay, bapak offer, "nak?". Beli dua, satu untuk adik. Pilih kaler biru, adik pilih oren. Terima kasih bapak :) Kekal sampai sekarang.

Hamba Ini :)

Tarikh

9 JUNE 2011 (KHAMIS) - bermulalah kerja sebagai 'supervisor in training' di pasarmini IKHWAN. tak sampai 5 minit dari rumah. tak payah interview pun. shift 8am - 8pm (12 jam). Gaji RM 1200 sebulan.

7 JUNE 2011 (SELASA) - tanya tokei bole keja ka tak. "esok mai interview"

8 JUNE 2011 (RABU, 10am) - kononnya interview. pi pi, oklah pakcik terima bekerja sini. takpa belajarla sikit2 (walaupun kat iklan tulih kata nak 'yang berpengalaman' untuk supervisor hehe)

~alhamdulillah syukur sangat! dipermudahkan jalan untuk kumpul duit untuk sambung belajar :)

Hamba Ini :)

Tuesday, June 7, 2011

Doaku

"Ya Allah, bantulah aku, jadikanlah hatiku ini hati yang sentiasa mengingatiMu Allah, nafas yang sentiasa menghembus keranaMu Allah, jantung yang sentiasa berdegup denganMu Allah, diri yang sentiasa bersamaMu Allah kemana jua dimana jua dikala aku sebut & tidak sebut."

"Semoga dengan itu tidak terkesanlah akan dunia yang sementara ini kepadaku, terhindarlah aku dari fitnah si Dajjal yang tanpa kami umat manusia sedar telah mengetuk setiap pintu rumah, tipuannya, helahnya."

"Lindungilah, peliharalah, kurniakanlah petunjuk, buat mama & bapakku, abang2 & adik2ku, saudara2ku, orang2 yang ku sayang, rakan2, kenalan2ku, umat Islam seluruhnya, dan diriku yang serba kekurangan ini."

"Kurniakanlah aku ilmu yang bermanfaat. Moga dengannya akan menjadi pelindung & petunjuk buatku dan untuk manusia2 di sekelilingku"

Hamba Ini :)

Rintihanku

"Allah, aku berlindung padaMu dari hati yang melihat ada nikmat dalam maksiat, dari jiwa yang merasa sengsara dalam kebajikan.

Allah, ampuni aku yang hari ini berdenyut lancar jantung dan nadi, tapi dzikir di hati sedikit sekali. Allah, ampuni aku yang hari ini sejuk segar bernafas lancar, tapi keshalihan tak banyak terpancar."

Ustaz Salim A. Fillah

Monday, June 6, 2011

Sentiasa Tak Cukup

"Kita, manusia, sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang ada. Ini adalah penyakit. Kita, manusia, sepatutnya/seharusnya/mesti merasa tidak cukup dengan ilmu yang ada. Ini adalah penawar."

"Ya, orang yang berbicara dengan ilmu lebih dihormati berbanding orang yang bercakap ikut mulut. Tak kira bagaimana cara ia bercakap, biarpun kedengaran biasa, lemah lembut, perlahan tidak cepat, satu2 perkataan yang diucapkan, namun pabila setiap bait itu bermakna & menusuk jiwa, setiap yang mendengar pasti terpikat & melekat."

"Kadang2 bahkan selalu juga, kita akan merasa kitalah yang betul dalam sesuatu hal. Itupun berdasarkan apa yang kita tahu tentang sesuatu perkara itu. Ini adalah penyakit. Pernah tak terfikir, bahwa apa yang kita tahu itu adakah ianya cukup benar? Dari manakah sumbernya? Adapun sumbernya dari orang yang kita percaya, teman rapat, mungkinkah dia juga hanya meluahkan pendapatnya atau mendengar dan terkesan dari cakap2 orang lain?

"Beringatlah, jadilah seorang yang sentiasa ada rasa ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendidik diri kita supaya tidak terburu2 dalam membuat keputusan, menghukum, atau menerima sesuatu dari orang lain. Tanyalah, betulke? apa buktinya? logik tak?"

"Dalam setiap perkara, mesti ada pengesahan (verification). Biarpun contohnya kita menerima bayaran hutang dari orang yang paling kita percaya. Semak kembali jumlahnya. Bukan menandakan kita tidak percaya cuma sekadar memastikan segalanya ada. Mungkin si pemberi hutang tercicir siapa tahu? (sekadar contoh). Mungkin ini dan mungkin itu? Think of possibilities"

Hamba Ini :)

Kenapa tulis blog ni?

Setelah sekian lama memikirkan, tergeraklah hati untuk 'create' satu laman untuk merekod SEGALA apa yang inginku rekod, yang ku alami (dalam kata lain pengalaman hidupku), yang ku rasa, yang ku fikirkan hari demi hari KERANA:

1. moga dengan ini dapatku turuti perjalananku, dapatku semak cara pemikiranku yang mungkin berubah dari semasa ke semasa, & moga dapatku pelajari sesuatu dari diriku sendiri.
2. mungkin sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada kehidupan anda yang membaca.
3. aku suka pada kalimat Inggeris " perhaps, the best thing in life is to pick sense out of nonsense"
4. bagiku SETIAP DETIK dalam kehidupan adalah berharga, sangat bermakna.

Ingin saja aku memiliki sebuah kamera video dengan kapasiti memori tanpa had untuk merekod hidupku, hidup orang-orang yang ku sayang, manusia-manusia yang mengelilingiku, yang berinteraksi denganku, yang tidak, & alam di sekelilingku.

Inspirasi tercetus setelah membaca artikel dari Wikipedia bertajuk 'Dymaxion Chronofile' yakni satu percubaan oleh Buckminster Fuller, seorang pereka, pencipta, ahli teori, pemikir masa depan, untuk merekod keseluruhan kehidupannya.

Juga, jurnal ini akan memuatkan kata-kata hikmat yang berkait dengan mungkin perasaanku, emosiku, & dengan diriku.

Hamba Ini :)